22 Februari ini genaplah 19tahun pemergiaan arwah Dato Sudirman hj Arshad..
Riwayat Allahyarham:
Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender.
kecemerlangan:
* Duta Nyanyian
Tahun 1986, Tourism Malaysia melantiknya sebagai Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia. Semasa Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, Sudirman mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysia (To Know Malaysia is to Love Malaysia) ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.
Sudirman dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat terkenal seperti Proton, Malaysia Airlines, Honda Cup dan "honored pioneer card member" dengan Hong Leong.
* Konsert di Chow Kit Road
Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysia.
* Penghibur Terbaik Asia
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards FestivalDewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.
Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.
Anugerah & Pingat Kebesaran
* Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia.
* Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
* Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
* Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
* Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
* Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar
* Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
* Asia's Number One Performer 1989
* Anugerah Guinness
* Pingat Ahli Mangku Negara 1988
* Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1992
* Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992
* Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993
* Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993
*pada 18 Jun 2009 secara rasminya beliau bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad. Allahyarham menerima pengiktirafan itu dari Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Album:
* Teriring Doa (1977)
* Aku Penghiburmu (1978)
* Perasaan (1979)
* Anak Muda (1980)
* Lagu Anak Desa (1980)
* Lagu Dari Kota (1981)
* Twinkle-Twinkle Little Star (1981)
* Lagu Cinta (1982)
* Abadi (1982)
* Images (1983)
* Orang Baru (1984)
* Lagu Dari Sebuah Bilik (1984)
* Kul It (1986)
* Orang Kampung (1986)
* Asia’s No. 1 Performer (1989)
* Salam Terakhir (1992)
* Sudirman - Jauh Di Sudut Hati (1992)
* Sudirman - Balik Kampung (1993)
* Sudirman - Setelah Kau Tiada (1995)
* Sudirman - DwiDekad (1996)
* Nilai Cintamu (2000)
* Sudirman - 24 Greatest Hits
* Sudirman No.1 (2002)
* Sudirman Penghibur No.1 (2002)
* Sudirman II 40 No.1 Dalam 1 (2003)
* Memori Hit Sudirman (2004)
* Sudirman - Memori Sentimental Hit (2005)
* Sudirman -Dwi Intan
* Sudirman - Timeless (2006)
* Koleksi Emas Aidilfitri
* Alunan Sukma Sudirman & Sharifah Aini
* Memori Hit Melayu Deli
* Sudirman Terunggul Disk 1Disk 2,Disk 3 & Disk 4 (2008)
Kematian
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh
AL FATIHAH....
SaLaH SatU LaGu KegemaRaaN KU:
TajuK LaGu:WaRiSaN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
No comments:
Post a Comment