Tuesday, March 1, 2011

PerjalanAn Studi ku

dah 6tahun aku meninggalkan zaman persekolahan..teringat pla aku mse sekolah dlu nyayi lagu sekolah,guru n kawan2..aku mula melangkah masuk persekolahan pada tahun 1995 iaitu SK PARIT BUNGA MUAR JOHOR..Aku setahun bersekolah di situ ..Tahun berikut 1996 family aku pindah di MELAKA ku memasuki darjah 2 di SK DUYUNG MELAKA..setahun kemudian Aku berpindah lagi sekolah iaitu di SK AIR MOLEK MELAKA..di SKAM aku belajar disana capai darjah6..Banyak kenangan manis n pahit aku bersekolah di situ..Selepas menanamtkan alam sekolah rendah ku memasuki alam sekolah menengah...disebabkan result UPSR aku kurang memberangsangkan ku memasuki Sekolah Harian jer iaitu SMK AIR MOLEK MELAKA..Di SMKAM ku berada setahun setengah sahaja..Semasa pertegahan 2002 aku berpindah sekolah di MUAR JOHOR..aku ditempatkan di SMK PARIT BUNGA MUAR JOHOR..setelah mendapat result PMR yang baik semasa tingkatan 4 aku kembali di MELAKA aku bersekolah di SM TEKNIK MELAKA TENGAH..pada tahun 2005 aku menamatkan zaman persekolahan..AKu bersyukur mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM..aku melanjutkan pelajaran aku di POLITEKNIK JOHOR BAHRU dan UTEM..


Lagu SeKolah Tercinta :

SK DUYUNG MELAKA

Pahlawan gagah Hang Tuah
Kami semua berdiri megah
Semangat wira mengajar kita
Sekolah maju kami bangga
Sekolah Duyong kami kenali
Atas usaha guru kami
Guru kami curahkan bakti
Tunjuk ajar diikuti
Kami berjanji sepenuh hati
Disiplin diri ditaati
Kami semua harapan bangsa
Pembela negara Malaysia.

SK AIR MOLEK

SKAM SEKOLAH KAMI
SEMUA ILMU DIPELAJARI
BELAJAR DAN BERUSAHA
MENCAPAI CITA-CITA AMALAN SUCI MULIA

KAMI USAHA TERUS BERUSAHA
TANPA JEMU SELUAS PADA
DENGAN SEMANGAT WAJA
NAMA BAIK DIJAGA
BERUSAHA TETAP JAYA

KEPIMPINAN GURU KAMI HORMATI
TUNJUK AJAR DISANJUNGI
NAMA SKAM KAMI HORMATI
AGAR HARUM MEWANGI

SKAM SEKOLAH KAMI
SEMUA ILMU DIPELAJARI
BELAJAR DAN BERUSAHA
MENCAPAI CITA-CITA
AMALAN SUCI MULIA


SMK AIR MOLEK



SMAM
Kemegahan kami
Semua bermula di sini
Tersemat harapan
Menjadi idaman
Insan sempurna sanjungan

SMAM
Tempat dicurahkan
Kasih serta taat setia
Menjulang namamu
Semua lapangan
Menuju puncak jaya
Akan kami sematkan
Berkrar mengamalkan
Didikan kasih mesra
Putera puteri berjasa

SMAM
Kau tetap di hati
Ilmu kami pusakai
Terpaku di jiwa
Selama-lamanya
Berilmu dan berbakti

SMK PARIT BUNGA


Sekolahku tercinta dan abadi
Sepanjang tahun teguh berdiri
Dikau bagai obor-obor suci
Membimbing putra putri pertiwi

Berkekalan hendaklah S.M.K.P.B.
Dengarlah seruan dan ikrar kami
Hormat guru ibu bapa dan ketua
Taat segala perintah

Merah dan biru warna lencana
Tanda berani tak kenal jemu
Hidup terus berbakti
Itulah motto sekolah kami

Majulah sekolahku doakan
Di bidang pelajaran dan kesukanan
Gerak cergas bersemangat waja
Tekun usaha dan jaya


SMT MELAKA TENGAH



Megah Tersergam Indah
S.M.V Melaka Tengah
Gurunya Mendidik Memimpin
Ke Arah Maju Jaya

Usaha Yakin Dan Jaya
Itulah Hasrat Kita
Berusaha Meningkatkan
Mutu Hasilan Kerja

Rajin Berusaha
Itulah Dasar Kita
Terus Bekerja Demi Negara

Penuh Yakin Dan Ikhlas
Daulatkan Nilai Bangsa
Berganding Bahu Untuk Nusa
Bangsa Agama







No comments:

Post a Comment